Monday, 23 April 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Matapelajaran          :  Bahasa Melayu
Tahun                         : 3
Masa                           : 11.35pg – 12.05tgh
Tarikh                         : 06/04/2012
Bilangan Murid        : 13/14 orang
Tema                          : Kerjaya
Tajuk                          : Kerjaya Pilihan



Hasil Pembelajaran
Fokus Utama:
4.1 Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang sesuatu
      perkara secara terperinci, tepat dan tersusun.
Aras 1 : Mendengar pandangan dan memberi respons
 

Fokus Sampingan:
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk
Aras 1 (ii) Menyusun perkataan dan membina ayat tunggal
Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar tahu menamakan jenis pekerjaan
 

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :-
1) Membaca teks dengan sebutan yang betul
2) Menyenaraikan dan member pendapat tentang kerjaya yang diminati
3) Membina 3 ayat berdasarkan gambar kerjaya
4) Sistem Bahasa : Tatabahasa

Kosa kata

Pengisian kurikulum : Ilmu – Pendidikan Moral
Nilai- kerjasama, bekerja keras
Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran berfikir,pelbagai kecerdasan
Teori Kecerdasan Pelbagai : Bahasa
Bahan Bantu Mengajar : Kertas Lukisan (Bina Ayat)
                                     Kad Imbasan (kerjaya)
                                      Lembaran kerja mengikut kumpulan




Langkah / Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Catatan
Set Induksi
(3 minit)
1.    Apakah yang dilakonkan oleh kawan anda?
-Lakonan tentang kerjaya
2.    Senaraikan beberapa kerjaya yang anda ketahui.
-doktor, guru, posmen



1.    Guru memberikan salam kepada murid.
2.    Guru memanggil beberapa orang murid ke hadapan kelas.
3.    Guru akan menunjukkan kad imbasan kepada murid tersebut.
4.    Murid tersebut akan melakonkan kerjaya yang terdapat pada kad imbasan.
5.    Guru menanyakan soalan kepada murid-murid yang lain.
6.    Guru memperkenalkan tajuk hari ini.
Belajar cara belajar
-Cara kelas

Bahan bantuan mengajar
-Kad imbasan  kerjaya

Kemahiran bernilai tambah :
-kemahiran berfikir

Langkah 1
(10 minit)

Petikan: kerjaya pilihan
Kosa kata :
 -bidang
 -merawat
 - bersungguh- sungguh

Apakah kerjaya pilihan anda
-Menjadi doktor

1.    Guru mengedarkan teks kerjaya pilihan kepada murid.
2.    Murid-murid diminta membaca petikan secara individu dan menggariskan kosa kata.
3.    Guru membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh murid ketika membaca teks.
4.    Guru menanyakan beberapa soalan daripada petikan.
5.    Guru menerangkan maksud kosa kata.

Belajar cara belajar
-       Individu

Bahan Bantuan Mengajar
-teks

Nilai moral
-berusaha
Langkah 2
(5 minit)
Pendapat murid tentang kerjaya yang diminati dan sebab memilih kerjaya tersebut
1.    Guru menanyakan murid tentang kerjaya yang diminati.
2.    Murid diminta menulis nama kerjaya yang diminati di papan hitam.
3.    Murid memberikan sebab mereka memilih kerjaya tersebut.

Belajar cara belajar
-Individu


Langkah 3
(7 minit)

Kerja kumpulan
-ayat mengenai kerjaya
Contoh:
Doktor merawat pesakit
1.    Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan.
2.    Guru memberikan sampul yang mengandungi perkataan yang dikerat.
3.    Murid-murid dikehendaki menyusun perkataan tersebut menjadi satu ayat yang lengkap dan menampal di kertas lukisan.
4.    Murid menulis ayat tersebut di papan hitam.

Belajar cara belajar
-berkumpulan

Bahan Bantuan Mengajar
-sampul yang mengandungi keratan perkataan
-kertas lukisan
Lankah 4
(4 minit)
Latihan mengenai kerjaya
1.    Guru mengedarkan latihan kepada murid.
2.    Murid tahap baik diberikan soalan pemahaman.
3.    Murid tahap sederhana diberikan latihan bina ayat.
4.    Murid tahap lemah diberikan latihan menyatan kerjaya dan tempat pekerjaan.
5.    Guru membincangkan jawapan bersama murid.
Bahan Bantuan Mengajar
-Lembaran kerja
Penutup
(1 minit)
Apakah yang kita telah pelajari pada hari ini?
1.    Guru menanyakan soalan tentang pelajaran pada hari ini.
2.    Guru merumuskan pelajaran pada hari ini.





Petikan kefahaman
                                DUNIA WARTAWAN

Encik Ravi seorang wartawan. Beliau menulis berita untuk disiarkan melalui akhbar dan majalah. Encik Ravi rajin mencari berita yang terkini. Dia perlu berada di tempat kejadian untuk mendapatkan berita yang sebenar. Dia seorang wartawan yang baik. Dia peka terhadap kejadian semasa. Kadangkala, Encik Ravi menemui keadaan yang berbahaya dan cemas semasa bertugas. Namun begitu, dia sentiasa berani, sabar dan tenang menghadapinya. Semasa menulis berita, Encik Ravi menggunakan bahasa yang baik. Hal ini penting supaya pembaca memahami perkara yang dilaporkan dengan mudah.

No comments:

Post a Comment